Wednesday, March 10, 2010

SENYUM SOKMO BILA CAJ WAD DIMANSUHKAN..



Perggghhh!!! Terkedu aku baca hot topic pagi nie! Senyum simpul gitu, tapi takde la cam mamat kat atas nie. Terlebih syiok plak, ahahaha..Rasenye topik nie kire sensasi la, lebih sensasi dari Rancangan SENSASI kat TV9 tuh.. Yolah, kalu yang melibatkan ongkos sudah pasti sgt penting kan! Tak gitu??? ahaks..
Errrmmm...dalam pada kite duk pening kapla dgn harga minyak naik, harga barang naik..setidak2 nye berite nie mampu buat kite tarik nafas pelan2 ala2 senaman pagi tu, hihihi!

Kalu tetibe time emergency tu takdela teragak2 nak mencongak kos wad la, perubatan la, consultancy la (ini kalu g swasta la, doktor bagi tips sket pon kene bayar woo..) n etc (maknanye kalu nasib tak bek ade lagi ar caj lain yg merapu)..
Lame2 org yang sakit sket2 trus jadi tenat sebab lame sangat nak decide!!! Pening, pening.. Apapun, Alhamdulillah!!! Syukur khususnya untuk kakitangan kerajaan dan para pesara. Setelah selama ini golongan itu terpaksa membayar wad hospital kelas pertama dan kedua, kini semuanya percuma. Buat masa ini wad yang percuma hanya kelas ketiga.


Sekurang-kurangnya ia banyak membantu terutamanya kepada penjawat awam yang terpaksa tinggal lama di wad. Langkah yang diambil itu menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan kebajikan kakitangannya. Walaupun caj wad bagi kelas pertama di hospital kerajaan adalah sangat rendah berbanding dengan hospital swasta, namun ia masih dianggap membebankan. Maklum ler gaji pon tak berape nak tinggi..
Apa sekali pun, rasenye ini adalah pengiktirafan kerajaan kepada para pegawainya.
Dengan langkah itu maknanye kira-kira 200,000 pegawai dan lebih 500,000 pesara kategori itu akan menikmati faedah tersebut.


Buat masa ini wad kelas pertama mengikut kelayakan ialah dari RM3 ke RM10 sehari dan pesara dari RM1.50 ke RM5. Berbanding dengan caj ke atas orang awam iaitu dari RM40 ke RM80 sehari. Tapi nie kire masih reasonable banding ngan spital swasta kan..
Lepas2 nie pihak kerajaan tolongla sama kaji supaya perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sifar caj sepenuhnya. Haaa!!! Jgn lupe servis misti mau kasi up lagi selari dengan Slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ermmmm..sikit2 la kita amik balik ati rakyat yang dah berjauh hati tu, gamaknye!!

1 comment:

  1. congratulations for new blog...kim salam kat abe tak de gigi tu...:-)

    ReplyDelete